Wednesday, August 6, 2008

Hati Asas Pergaulan

Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan taulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan penting dalamjiwa dan kehidupan Muslim untuk menegak iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya dengan berzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.
Firman Allah dalam surah al-Anfal 8, ayat 2 menyentuh kepentingan hati:
“Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka.”
Iman menunjukkan keikhlasan hati yang sihat akan membuahkan keimanan yang kuat dan akan membawa kepada jiwa yang bersih serta fikiran yang bernas dan menampakkan keikhlasan dalam pergaulan.
Hati membayangkan keikhlasan iman seseorang berdasarkan apa yang diungkapkan oleh lidah atau gerak geri dan tingkah laku dalam pergaulan harian, ini sudah dapat difahami bahawa itu adalah kehendak hati walaupun tiada sebarang penjelasan melalui percakapan.
Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra dan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam pergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa kepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalik mencari helah bagi melindung diri dari penipuan.
Begitulah peranan hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini, tetapi setiap insan sering kali melupai bahawa segala tindakan di dunia ini adalah penentuan habuan yang akan sampai di antara dua persimpangan di hari pembalasan sama ada baik atau buruk, ke syurga atau neraka. Malangnya jalan yang dilalui dalam kehidupan setiap insan sentiasa melalaikan kecuali yang beriman. Lantaran itu Rasulullah sentiasa memberi peringatan terhadap umatnya melalui sabda baginda:
‘Kasihilah olehmu akan saudara kamu seperti mana kamu kasih kepada diri kamu sendiri.’

Kelebihan Membaca Al-Quran

KELEBIHAN MEMBACA AL QURAN


Allah s.w.t mengangkat darjat orang yang memelihara Al quran dan beramal dengannya akan diangkat darjatnya oleh Allah iaitu maraeka bersama dengan para malaikat Allah

Sebgaiman sabda Nabi s.a.w berhubung perkara ini:

عن عائشة رضي الله عنها قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم الماهر بالقرآن مع السّفرة الكرام البررة والذي يقرا القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شآقّ له اجران.

Maksudnya: Dripada Aishah R.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : seseorang yang mahir dalam Al quran akan berada dikalangan malaikat-malaikat yang mana mereka itu adalah pencatit-pencatit mulia dan lurus, dan seseorang yang tidak lancer (tersekat-sekat) dalam memnaca Al quran dan terpaksa bertungkus lumus mempelajarinya akan mendapat ganjaran dua kali ganda. (H.r Bukhori,Muslim,Abu Daud,Tirmizi,Annasaei,dan Ibn Majah)


Saudara saudariku sekalian, begitulah hebatnya ganjaran Allah kepada orang yang mahir dalam Al Quran sehiggakan mereka berada dikalangan malaikat.Orang yang mahir dalam Al quran ialah mereka yang cekap menghafaznya dan dapat menguasainya dengan baik dari segi bacaannya dan juga maknanya.

Tidak ketinggalan juga bagi mereka yang belajar Al quran,yang mana ,mereka terpaksa menyebut huruf-huruf Al quran dengan tersekat sekat serta mereka berusaha sungguh-sungguh untuk membacanya dengan baik ,turut serta menjadi golongan yang deberi pahala olah Allah bahkan Allah menggandakn pula ganjaran untuk mereka.

Dua ganjaran itu,satu untuk pembacaannya dan satu lagi untuk usahanya membaca Al quran walaupun tersekat- sekat.

Wassalam

Saturday, August 2, 2008

Selamat Datang Ke majlisnuqaba.blogspot

Alhamdulillah,

Bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad Sallahu alihi wasallam. Muslimin Muslimat, Mu'minin Mu'inat, Muallimin na wal Muallimat. Alhamdulillah, kerana dengan limpah kurnianya, dapat juga akhirnya blog ini disiapkan bagi memudahkan perhubungan bagi ahli-ahli usrah. Sekaligus sebagai satu wadah dan wasilah untuk menyebarkan dakwah ke seluruh umat manusia.

Semoga dengan terbinanya blog ini akan melincinkan pergerakan dakwah yang InsyaAllah diberkati dan dirahmati Allah Subhanahu Wataala.

Sebarang komen dan cadangan amat di alu-alukan.

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Ukhuwwah, Salam Dakwah, Salam Tarbiyyah, Salam Mahabbah.