Sunday, March 8, 2009

Intipati Ukhwah

Assalamualaikum... syukur kepada Allah dengan limpah dan rahmatnya, dapat kita terus mengecap nikmat Iman dan Islam. Apa khabar semua sahabat2 Majlis Nuqaba. Harap2 tu sihat lah yer... kalau kurang sihat tuh bebanyak berzikir.. jangan fikir yang bukan2... kekadang sakit nih satu "nikmat".. nikmat yang di panggil kafarat dosa. Iaitu menghilangkan dosa-dosa kecil..

Dalam posting kali ni, ana akan berkongsi satu lagi motivasi yang berorentasikan ukhwah dan kasih sayang. modul yang agak menarik.. so check this out!

Salam ukhwah, ingin ana berkongsi dgn pelawat2 Majlis Nuqaba..

ARAHAN MODUL



Masa: 10 min setiap kumpulan
Bil Peserta: -+30 orang
Objektif: Memberi kesedaran kepada para peserta mengenai intipati penting yang perlu ada di dalam persahabatan.

Langkah:

1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut nama kumpulan yang telah di tetapkan iaitu Kalimah toyyibah, Salamatus sodri, pemaaf, husnu dzon, dan ikhlas.
2. Setiap kumpulan diberikan arahan untuk mempromosikan habis-habisan kumpulan mereka bagi menarik kumpulan lain utk masuk kumpulan mereka..
3. Ahli kumpulan boleh memilih untuk "lompat" ke kumpulan lain or terus stay dengan kumpulan asal die.. kumpulan yang teramai ahli di kire pemenang.


Ulasan:

1. Sebenarnya, jika di lihat dan difahami maksud setiap nama kumpulan itu, sudah pastinya tidak mungkin akan berlakunya "lompat" kumpulan dan juga sepatutnya tidak perlu beriya-iya sangat nak mempromosikan kumpulan mereka (walaupun di suruh berbuat demikian). Ini kerana kesemua nama kumpulan tu adalah intipati sesebuah ikatan persahabatan. Persahabatan tidak bererti sekiranya hanya mempunyai sifat pemaaf sahaja sedangkan pada masa yang sama tidak ikhlas, suul dzon, tak de salamatussodri. serupa macam anggota tubuh badan kita la... kurang satu kan di gelar "cacat" atau kurang sempurna... macam tu jugak inti pati persahabatan or ukhwah... mane boleh dikurangkan..

2. Paling cantik kalau semua peserta bergabung menjadi sebuah keluarga yang besar dan mengambil kesemua "intipati" tadi sebagai nama kumpulan.

akhir kalimi wasalam .


PROLOGUE MODUL

Assalamualaikum, wrh. wbt...

Baiklah kita akan meneruskan dengan aktiviti kita seterusnya... sebelum tuh antum semua akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan.. iaitu kumpulan 1. Kumpulan Kalimah Toyyibah, Kumpulan 2. Salamatussodri, Kumpulan ke 3. Pemaaf, kumpulan 4. Husnul Dzon, dan kumpulan terakhir ikhlas. Ketua Fasilitator memberi arahan kepada para peserta.

Sila berada di dalam kumpulan masing-masing sekarang...

Baiklah... setiap kumpulan diberi masa 10 minit mempromosikan kumpulan mereka... nyatakan apa kelebihan menjadi sahabat kumpulan mereka... apa faedah menyertai kumpulan mereka.. dapat chikedis sorang sebungkuih ka... or apa saja... jangan tawar yg bukan2 plak... kang tak tertunai..

setelah selesai semua kumpulan mempromosikan kumpulan mereka... para peserta boleh memilih sama ada terus kekal dalam kumpulan mereka... or... mereka boleh pergi ke kumpulan yang mereka suka..

Kumpulan yang paling ramai sahabat akan dikira sebagai pemenang.. ok.... faham.? Soal ketua Fasilitator

Faham...

Ada soalan?

Takde... Jawab para peserta dengan semangat...

Kelihatan para peserta dah mula membisik-bisikkan strategi cara-cara mempromosikan kumpulan mereka...

Kompom kalau kita buat macam ni.. kumpulan kita akan menang punye...

Baiklah... di persilakan kumpulan 1 untuk mempromosikan kumpulan mereka..

Assalamualaikum... kami dari kumpulan Kalimah Toyyibah... kumpulan kami... bla bla bla.. bla bla... Kumpulan toyyibah mempromosikan kumpulan mereka... sekali dilihat.. mengalahkan lagak salesman.. sungguh bersemangat...

Begitu juga dengan kumpulan lain... macam macam cara, macam-macam gaya.... boleh tahan jugak meriahnya..

Setelah selesai semua kumpulan mempromosikan kumpulan mereka... mereka di beri masa untuk membuat pilihan... sama ada kekal atau "melompat" ke kumpulan lain... Ada yang bertegas untuk terus dengan kumpulan mereka... ada yang mengambil keputusan untuk melompat ke kumpulan lain.. Tambahan pulak para fasi dok provoke...

Ishk... takkan nak dok kumpulan ni lagi.. pi la kumpulan lain.... ketua dia polan binti si polan.. sempoi siuut... Para fasi dok "perangat" agar peserta melompat ke kumpulan lain.

Baiklah... semua berkumpul semula..

Para peserta berkumpul semula untuk mendengar ulasan ketua fasilitator..

Sebenarnya, jika di lihat dan difahami maksud setiap nama kumpulan itu, sudah pastinya tidak mungkin akan berlakunya "lompat" kumpulan dan juga sepatutnya tidak perlu beriya-iya sangat nak mempromosikan kumpulan mereka (walaupun di suruh berbuat demikian). Ini kerana kesemua nama kumpulan tu adalah intipati sesebuah ikatan persahabatan. Persahabatan tidak bererti sekiranya hanya mempunyai sifat pemaaf sahaja sedangkan pada masa yang sama tidak ikhlas, suul dzon, tak de salamatussodri. serupa macam anggota tubuh badan kita la... kurang satu kan di gelar "cacat" atau kurang sempurna... macam tu jugak inti pati persahabatan or ukhwah... mane boleh dikurangkan..

Jika intipati ini di kurangkan atau dipisahkan.. maka akan berlaku.. dalam bersahabat ada yang bersangka buruk dengan sahabat dia... ada yang tak ikhlas dalam bersahabat... bergaduh sana... bergaduh sini.. mengumpat sana mengumpat sini... betul tak...

erm... betul.. jawab para peserta sedikit lemah

Ada yang di hadapan baik bagai nak rak.. puji meleleh... dialah kawan dunia akhirat... tapi bila di belakang... masyaAllah... di kutuk habis-habisan... tikam belakang! sedangkan kawan kita tuh... punyalah baik dengan kita... hanya kita jerk yang dok salah sangka dengan dia....

Para peserta menundukkan kepala... kata ketua fasi ada benarnya... terasa macam kena dengan batang hidung sendiri rasanya... aduh.... maafkan daku sahabat...

Baiklah... ana nak... sahabat buat bulatan dan letakkan tangan di atas bahu rakan anda... Kita nyayikan lagu teman sejati.... dan pada masa yang sama cuma renung balik kesalahan anda pada rakan anda...

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita




kelihatan para peserta menyanyikan lagu dengan sepenuh jiwa... dengan linangan air mata mengalir membasahi pipi.... ada yang di antara mereka meluru ke sahabat karibnya... memeluk erat.. menghamburkan ucapan maaf dan ampun atas ke khilafan diri... dan ukhwah kini kembali bertaut... Allahuakhbar!

No comments: