Duhai diri, Kenapa? Kau mengeluh kepenatan, Kau muram kekecewaan, Kau murung kesedihan, Kau resah kebimbangan, Hanya kerana, Mareka tidak menyahut seruanmu, Bila kau ajak kepada kebenaran.
Wahai diriku, Bukan niatku melontarkan hamunku, Cuma teguran setulus salju, Tak seharusnya kau begitu! Kufahami inpianmu, Supaya kita bersatu padu, Kusanjungi ketulusanmu, Mengajak ke jalan yang satu, Namun, Reality memang tidak seindah yang di mahu, Lantaran jalan ini terlampau berliku, Perlikan kesabaran dan keteguhan jitu, Kau harus hayati hakikat itu.
Ingatilah peribadi pejuang sejati, Baginda tabah meniti hari, Bermula dari seorang diri, Menyampaikan dakwah sembunyi-sembunyi, Bukannya BAginda tidak berani, Namun itu tertib wahyu, strategi Rabbi, Ucapannya bukan dari nafsu melainkan wahyu yang suci, Ucapannya hilmah dari kalbu bak embun pagi, Disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri, Fikrah dijernihkan, akal didekati, Ajarannya menyentuh sanubari, Juga dengan hujah dan keterangan hakiki, Dengan hikmah dan pengajaran pehuh seni, Bila mana ada perdebatan dirungkaikan hati-hati, Bila mana dizalimi dilontarkan doa kasih nan sejati.
Suburkan berbaik sangka, Agar hatimu tenang, Barulah makin kuat jadinya, Bukan dirundung kelemahan, Perbaharuilahiman, Saban ketika, Ingati janji-Nya, Keredaan dan syurga, Sedari sunnah perjuangan, dipenuhi derita, dihujani kepayahan, untuk ku tempuhinya, dengan ketabahan, jadilah orang yang menang!
Rasulullah SAW dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.
Muhammad kekasih ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula daripada seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi . bukan nya baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.
Ucapan Baginda tidak lahir sedikitpun dari nafsu melainkan dari wahyu yang suci semata-mata. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut olek hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.
Bila mana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bila mana mendapat tekanan, rintangan serta seksaan berlaku sabar dan melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:
ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هى أحسن
(surah An-nahl : 125)
Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu berkecuali. Lalu, terbentuklah jemaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru ini masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ di Mekah, kota tumpah darah sendiri.
Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-perlahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik umat ini. Mereka tidak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti. Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.
Jalan dakwah inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Rom, mencabut jahiliyyah dari akar umbi.
Sabda Rasulullah yang bermaksud “ ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam kemana sja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan Al-quran itu akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari Al-Quran.
Duhai mujahid dan mujahid pewaris dakwah Rasul yang mulia dan Sayang fillah,ketahuilah…
Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau tidak kita memilihjalan menuju Allah, pasti kta akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri, itulah jalan nafsu, syaitan, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itu adalah jalan iblisi.
Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha menyucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan atas jalan iblisi, tiada sensitivity dalam mengotori dan menodai hati.
Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu disan, ada perbezaan di antara keduanya di alam abadi.
Tanyalah diri, mahukan kita mencampakkan diri kelembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sydah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Rabbul Izzati.
Namun, adakah semua orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapanyang serius untuk menghdap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli reda Allah? Sunggoh, manusia lupa saat perjumpaan dengan Rab itu.
Zaman berganti zaman, islam asing kali ke dua, hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan iini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya.
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah.!
Ya Allah! Bantulah kami untuk ctetap layak berada di atas jalan-Mu. Jangan sekali-kali Kau menapis kami dari jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri. Amin ya Rabbal A’lamin……
TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI SAHABATKU MUJAHID DAN MUJAHIDAH
Assalamualaikum... salam ukhuwwah, salam silaturrahim, salam mahabbah, dan salam kesejahteraan... ntuk semua nuqaba "PEWARIS DAKWAH RASUL YANG MULIA" nada ust Abdullah Zaki. disini pihak majlis nuqaba amat mengalu-alukan sumbangan karya, tazkirah, p'kongsian isu semasa, modul2 dan ape2 yang dapat dikongsikan dan dimuatkan dalam blog ini... ini kerana taggungjawab dalam menyebarkan haruman dakwah ini bkanlah hanya terletak di atas bahu sesetengah org sahaja, dan bala yang menimpa bkan shj akan terkena kpd org2 yg zalim.. firman Allah yang bermaksud "dan talutlah akan kamu musibah yan tidak hanya menimpa orang yang zalim di antara kamu sahaja, dan ketahuilah azab Allah matlah pedih"... jadi sesiape yang ingin menghantarkan karya masing2 bolehlah menghantar terus ke email majlisnuqaba@yahoo.com atau amir90_albarohi@yahoo.com.my
dan ketahuilah oleh kamu wahai pewaris dakwah nabi sekalian Allah menciptakan manusia dengan kelebihan tersendiri.... ade yamg mahir dalam meluahkan idea dlam berkarya. ade yang Allah kurniakan kepetahan berucap dan banyak lagi... kalu semue kelebihan yang Allah kurniakan kpd hambenye yang masing2 mempunyai kekurangan di gabungkan, ana rase akan bertambah harumlah aroma dakwah di bumi yang kini amatlah ketandusan baja2...
jadi sayugialah ana mengalu-alukan hantaran karya dari semue pewaris dakwah nabi sekalian untuk sama2 kite menambahkan haruman aroma dakwah di sini...